Thursday, March 31, 2011

Memori 3 Tahun Lalu

Bulan 8, 2007 aku disahkan mengandung..seronok, gembira, semua ada. Macam2 yang aku lalui dalam tempoh tu. Mengidam, tak usah cakap. Yang bukan2. Semua yang aku idam, teringin, perlu diimport dari kampung ya. Menangis bagai nak rak bila inchik suami cerita pasal jambu air tapi tak bawak balik. Tak bole bau nasi la..Busuk katanyaa. Macam2. Tapi agak bertuah tak mengidam nak makan sabun. Inchik suami perlu bersyukur disitu....


4 bulan yang mengada2...sabar ya inchik suami

Masa ni dah tujuh bulan..macam di pam2 dah badan


Hari berganti hari, bulan berganti bulan..macam2 dugaan yang datang.mungkin tuhan nak menduga. Ditimpakan ujian yang aku tak jangka aku akan laluinya. Genap kandunganku 8 bulan, aku jatuh. Jatuh sendiri. Ntah mcm mana boleh jatuh pun aku tak ingat. Ligamen lutut kanan aku koyak. Mau tak menjerit aku. Satu flat ye dengar aku menjerit. Sampai ada jiran kata aku nak bersalin..Hahahha...buruk perangai aku...

Malam tu jugak, inchik suami gagahkan diri memikul isterinya ni dari tingkat 2 turun bawah. Masa tu kaki dah bengkak giler. Opkos la tak bole nak jalan kann..Harus la kena dukung..Sesi menangis kesakitan dah selesai. So, inchik suami decide nak anta aku balik kg. Malam tu jugak. Risau katanyaaa...Ok, aku on jekk..

Yang paling aku tak tahan, bila inchik suami naik atas umah nak kemas barang2, aku dalam kereta dok sms/call dia pesan dia soh bwk brg2 aku. Sabun madi pun aku soh amik sekali..Bole gitu??.. Macam haper je dah sakit2 pun byk songel kann...Nasib baik inchik suami sabar...

On da way balik kg, mula la perempuan mengandung ni rasa nak terkucil. Berhenti la kat perhentian dengkil. Dalam pada tak bole jalan tu, aku nak jugak gi toilet. Maka harus la kena dukung lagi kannn...nak dijadikan cerita, malang sekali lagi. Masa inchik suami dukung aku, kaki dia tersadung anak tangga..dapat bayangkan tak seorang suami yang sedang mendukung isterinya yang sarat mengandung, tersandung, jatuh, lalu si isteri terhempas ke lantai. Ngeri tak kejadian itu??...baru jatuh, dah jatuh lagi....tapi misi nk ke tandas ttp diteruskan...walaupunn...

Aku tak tau ape yg inchik suami rasa masa tu. Nampak mcm serabut. Aku ade cool sikit. Aku pun tak tau kenapa...Masa tu dua2 belah kaki aku bengkak terus. Terus x bole jalan...Ddk la aku melunjur kaki kat seat belakang sambil tersenggut2 tdo. Anak dalm perut, merasa la gegarannya. Tapi beliau masih stabil ddk dlm tu.. Inchik suami, terus memandu dgn hati yang tak tenteram..

Sampai kg, opkos la mak aku terperanjat. Tetiba pepagi subuh, anak beliau sampai.. Ayah, tetap maintain cool. . Esok paginya, aku dah langsung tak bole gerak kaki..Sakitnya,aku  tak bole nak cakap....Sakit giler hokehh. Terus call ambulance..nenooo.nenooo...neenoo..jadi tumpuan rakyat jelata aku kejap. Merasalah glamour naik ambulance...

Kat hospital, aku start buat perangai. Mau taknya, doc pasang besi untuk sokong kaki kiri aku. Dia takut kaki aku patah...halooo doc, saye ni mengandung. Pasang besi tu lagi, mau aku tak meraung. Sakit punggung aku tau. masa tu tanpa malu dan segan, menangis bagai nak rak aku. yang peliknya aku soh inchik suami yang tanggalkan  mende tu. Aku dah tak nampak dah doc kiri kanan. Last2 tak tahan dengar perempuan mengandung ni melalak, diorg bukak besi tu...ahhhhhhh...lega kat situ...

Seksa jiwa tak tamat kat situ. Nurse kata kalau ade contraction kompem aku kena bedah. Tapi klu bole, jgn. takut apa2 jd kat baby. Emosi aku masih stabil masa tu..Mereka nasihatkan aku cuba gerakkan kaki walupun sikit. Kalau tak, ditakuti aku akan lumpuh. Mak yang ade kat sebelah, harus dah banjir..Aku??...ntah..aku blur gile masa tu...Aku gak gerakkan kaki, tak bole...sakit yang amat...bengkaknya tak usah cakap. Macamm hape...

Merasalah seminggu aku dok sepital..Doc btau tulang punggung aku retak. harus la ddk bertangga kat spital kann..Seminggu gak la aku tak mandi. Bacin giler..eh, xde la bcin sgt. Mak ngan inchik suami rajin lap2kan aku tiap2 harii...Terima kasih buat saye wangi hari2...hehehe...

28.2.2008, aku sambut birthday kat spital. Xde la nak celebrate2 bagai ya...No makan2, no jalan2..duduk la kat sepital tu dendiam...Dapat la sekor teddy bear dari inchik suami. Sweet tak??..Sangat sweet kann??

Muke org jatuh tergolek2..tanda kat muka tu kesan tersagat kat dinding masa jatuh kali pertama tu...Dah macam jatuh moto dah rupa makcik ni...

Tengok, gemok bengkak tak kaki aku..Dah macam hape...

Mula dari situ, dapat la aku mc sebulan...dan hampir sebulan aku ddk kat wheel chair, dan hampir sebulan, keje aku makan tdo...arghh..gila bosan...tapi mak tak pernah bosan jaga aku, sediakan mkn minum, dengar aku nangis memalam, carikan ubat untuk aku...terasa aku amat menyusahkan beliau kali ni...masa kecik kemain degil xmau dengar kata, dah beso , sakit, mak gak yang jaga.....

Dalam masa sebulan, aku rasa mcm ape dunia aku. Ye la kan, dalam sekelip mata, aku tak bole jalan. Semua minta orang uruskan. Setia betul mak kat sisi aku. Inchik suami, dtg seminggu sekali. kadang 2 hari sekali. Tgk keadaan. Bila aku merajuk panjang, muncul la inchik suami dpn pintu...sayang juga beliau dgn aku..Biasalah, isteri tgh jiwa kacau, harus dijaga hatinya..kalau tak, makin kacau rasanyaa..

Masa ni la aku tau mana satu kawan. Ha laa..yang kata kawan baik pun tak muncul masa ni..xpe2 aku paham. Bila kita susah tak semua nak dekat dgn kita. Aku paham semua tu. Aku tak salahkan kalian...eh..tetiba rasa macam nak emosi plak...sob..sob..sedey kejap..

Opss...lupa nak btau. Aku tak bole bersalin normal. Kena operate. Sbb keadaan aku tak mengizinkan aku untuk 'push' baby bila tiba saatnya nnt.  Bila kata operate, aku ok. Tapi ape yang tak oknya bila pakar bius kata jarum sebesar jari kelingking beliau. Sekali lagi aku rasa nak pitam. Kenapa??..yela,doc tu seorang yang agak 'semangat' orangnya. So dapat bayangkan la kan besar mana jari kelingkingnya tu...Bisa buat belakang aku berlubang ye..ingat cerita sundel bolong tak??..oh tidakkk!!!

Sehari sebelum operation...Tengok, perut pun dah jatuh tu...Yang penting gue relax masa tu...masa ni dh bole jalan sikit2 dah..

Macam penat je cerita kisah silam yang sadis ni pepanjang...saje nak berkongsi..kata sharing is caring...buat peringatan buat ibu2 mengandung supaya lebih berhati2.....Anggap saja apa yang berlaku ada hikmahnya...Yang penting saye kuat..kuat nangiss!!..



Monday, March 28, 2011

Orang Yang Menyintai Kamu

1)Orang Yang Mencintai Kamu Tidak Mampu Memberikan Alasan  Mengapa Dia Mencintai Kamu. Yang Diketahui Olehnya, Dihati Dan Dipandangan Matanya Hanya Ada Kamu Satu-Satunya.

1)Biarpun Kamu Telah Mempunyai Teman Istimewa, Dia Tidak Pernah Peduli. Baginya Yang Penting Anda Bahagia Dan  Kamu Tetap Menjadi Impiannya.

3)Orang Yang Mencintai Kamu Selalu Menerima Kamu Apa Adanya Dihatinya Dan Dimatanya Kamu Selalu Menjadi Yang Tercantik Walaupun Mungkin Kamu Merasa Berat Badan Anda Sudah B+.

4)Orang Yang Mencintai Kamu Selalu Ingin Tahu Tentang Apa Yang Kamu Lalui Dan Ingin Tahu Kegiatan Kamu Sepanjang Hari .

 5)Orang Yang Mencintai Kamu Akan Mengirimkan  Sms Seperti “Morning” “Take Care” “Gud Nite” Dan Lain-lain Walaupun Kamu Tidak Pernah Membalas Smsnya. Sebenarnya Kiriman Sms Ini Menyatakan Cintanya Dalam Keadaan Yang Berbeza, Bukan “Aku Cinta Pada Mu” Tapi Berselindung Pada Ayat Selain Kata Cinta.

6)Orang Yang Mencintai Kamu Bertindak Lebih, Seperti Saudara, Seperti Seorang Kekasih. 

7)Orang Yang Mencintai Kamu Selalu Melakukan Perkara-Perkara “Sengal” Seperti Call @ Sms Kamu Di Tengah Malam. Sebenarnya Ketika Itu Dia Sedang Memikirkan Kamu.

 8)Orang Yang Mencintai Kamu Selalu Ingin Berada Dekat Dengan Kamu Dan Selalu Ingin Menghabiskan Hari-Hari Bersama Dengan Kamu.

9)Orang Yang Mencintai Kamu Akan Terdiam Sesaat Ketika Sedang Bercakap Di Telefon Dengan Kamu Sehingga Kamu Menjadi Bingung Sebentar. Sebenarnya Saat Itu Dia Sedang Gugup Kerana Kamu Telah Mengeggarkan Dunianya.

10)Orang Yang Begitu Mencintai Kamu Tidak Pernah Memaksa Kamu Memberinya Sebab Dan Alasan Walaupun Hatinya Meronta Ingin Mengetahui, Kerana Dia Tidak Mahu Kamu Terbeban Dengan Karenahnya Saat Kamu Pinta Dia Pergi Tanpa Menyalahkan Kamu Kerana Dia Benar-Benar Mengerti Apa Itu Cinta.

11)Dan Jika Kamu Cuba Menjauhkan Diri Daripadanya Ataupun Memberikan Reaksi Menolak, Dia Akan Menyedarinya  Dan Menghilang Dari Kehidupan Kamu Walaupun Hal Itu Membunuhnya.

12)Saat Kamu Merinduinya Dan Ingin Memberinya Kesempatan Dia Akan Selalu Ada Menunggu Kamu Kerana Sebenarnya Dia Tidak Pernah Mencari Orang Lain Dan Sentiasa Setia Menunggu Kamu. 

Saje nak share..hasil copypaste dari fb...adakah ini boleh dituduh menciplak, kalau ya, maafkan saye..ini adalah ciri2 org malas nk tulis pape kat blog...so, kongsi2 je ape yg ada...


Wednesday, March 23, 2011

Big Breakfast bersama Inchik Mc D

Pepagi buta aku dah diheret untuk ke Mc D. Belum sempat pun nak punch, bebudak opis aku dh ajak pi Mc D. Aku layan kan je ...Masuk opis, punch, keluar balik, terus pi Mc D. Kompem bos aku pening kalau tau perangai anak buah mcm ni. Maaf bos...kekami anak buah yang sentiasa lapar...


Ntah mana la opismate aku ni dapat mende ni. Siap print bbyk. Tu yg pepagi paksa aku pi Mc D. Musnah diet ku hari ni...huahuahua...Diet ke??...Senang cakap mmg kenyang la. Cuma kena buat belian rm5 je. Lps tu, dapat big breakfast ni. Agak2 kedekut, makan la sorang. Agak berbaik budi, sedekah le satu set kat kwn sebelah. Dengan percumanya dapat pahala pepagi hari...tak nak ke??....


Tgk!!..tak ke byk..tapi idak le aku mkn sorang..Ingat aku ni rasaksa??..Satu aku punya, satu member sebelah  aku punya...Dimaklumkan ini adalah percuma untuk aku. Rezeki sbb buatkan kopi untuk inchik suami pg td.....hehehe....

Sebenarnya aku pun tak tau pasal kupon ni. Main ikut jek la. Aku kenkonon nk beli, tetiba kena bahan. opismate aku kata aku perempuankuruskuatmakanmacamrasaksa. Cessss...korang tau tak aku blur...tanpa tau pape, korang heret aku pi Mc D. Tanpa usul periksa ajak aku beratur depan kaunter. Harus la diorng oder, aku pun oder...Bila nk oder, "kak, ko nak oder aper lagi?..ni ha ko punya..ko ni mkn ke ape??"..gulp, gue sentap sikit kat situ. huhu...terkebil2 kejap aku....kejam sungguh mereka..

Tapi dalam kejam, diorg belanja aku...muahahah...dapatla kaber sikit malu yg ade tadi..hehhe...Kepada opismate saye, terima kasih bbyk. Mudahan bertambah rezeki anda...


Friday, March 18, 2011

Pantang

Bila cakap pasal pantang, mesti org kata pantang bersalin kan...Aku ni insan yang pantang gak. Pantang tengok. Lebih2 lagi, pasal makan. Semunya ku rasa mengiurkan. Tapi ku tahan. On diet katanya...hokkk nak muntah kat situ. jangan percaya cerita diet ku itu. Cakap je diet. Makan semua main bedal. Sedap kataya...bila badan naik, mula nak berdiet bagai. Tapi kejap je. Tipu sgt klu aku bole berdiet...Tooolong jangan percaya..

Eh..tersasar la plak..cite balik pasal pantang ni kan. Sekarang mmg aku tgh pantang mkn. Ini semua gara2 gatal2 kat kulit aku ni. Dr xde pesan. Tapi bila aku makan ayam, mulala menggelupur kegatalan. Apakah itu sebagai petanda??..Harus la aku tak bole makan makanan yang berasakan ayam. Ahhh..ilang satu nikmat...sekarang makanan yang aku rasa bole membuatkan aku "kegatalan", harus diberhentikan buat sementara waktu. Itu kalau nak cepat baik la....kalau tak nak, makan laa..makan...makan..karang dah sakit, ade plak yang meratap hiba, menangis meraung sbb gatal. Biasalah, aku kan ratu air mata..

Inchik suami seperti biasa, menjadi penenang. Bagi semangat kenkonon mcm aku nk kena operate...muahahhaha..Bila pikir2 macam lawak aje aku ni. Biasalah, bila sakit, akal kadang kurang sikit warasnyaa..itu aku la..Orang lain aku tak tau...

Alhamdulillah..Sekarang aku rasa dh oke sket..Ubat x usah cakap, penat dah mkn. Siap mandi daun sirih lagi.. Nak baik punya pasal.......xde la aksi2 menggaru ngalahkan kera kena belancan lagik..legaaa...


Half Day La Pulak...

Boley tak nak kata yeyy..yeyyy sbb half day arini??..Tapi tak yeyy gak bila half day sbb anak demam. Bukan sebab nak gi horneymoon shoppingmoping ye.  Alisha demam dari malam tdi. Ikutkan aku nak cuti jek. Tapi memandangkan byk mende tak settel kat opis tu, so terpaksalah aku keje dalam terpaksa. Bos2 yellek..so, agak harmoni gak kerja pagi ni. Dengan tenang dan pantas aku siapkan ape yg ada...

Inchik suami terpaksa bwk alisha gi opis. Tak sampai ati nak anta kerumah pengasuh katanya. Yela,anak sakit kann..So ptg, turn aku plak capai dia bwk balik umah. Dgn inchik suami sekali aku bwk balik. Bole??..

Aku ni bukan bole tgk anak sakit..x pasal2 aku yang ikut sakit sama....sape je nak jadi bahan bulian aku. Jadik askar mama dalam membuli inchik suami...sunyi sangat hokehh.... 

Anak mama, cepat2 sembuh ya. Nanti mama soh ayah bwk kt jenjalan. Hokehh...Kite shopping sesama ye. Kite pau ayah sampai pitam...hehehe... Dah, cepat sembuh...mama syg awak sangat2.....



Thursday, March 17, 2011

Baru Hari Pertama

Memandangkan hutang yg banyak, aku terpaksa memaksa diri untuk bayar hutang puasa yang menimbun tu. Orag lain mungkin kata sikit, tapi kalau tak bayar, bila nak abis, ye tak??...Dah le sekarang temptation kat opis ni agak menggugat. Biasalah staff jenis pemangsa semuanya..heheh...

Harini aku gagahkan jua diri. Kalau tak mula, bila aku nak mula kan??...Lagipun, harini ramai yang takde. Yang kursus la, cuti la..So, bole aku puasa dengan tenangnya. Cakap pun kurang. Cakap dan ketawa, buat aku haus kehh...Aku kalau puasa, ko nak makan ape, mkn la. Makan ayam sampai tergolek2 pun aku tak kisah. Tapi jangan ko mkn limau depan aku. wuissss..xbleh2. Temptation yang amat kuat disitu. Aku tak tahan...hahhahah..ngalah budak baru belajar pose jek ek...

Dalam dediam buat keje, tetiba teringat la plak inchik suami belikan coklat semalam..Coklat Ritter..Pernah mkn x??..Kat sini aku tak tau kat mana jual. Yang aku tau kat langkawi jek.... Sape yg ke langkawi jadi mangsa untuk  kirim coklat tu...vavavahhhhh punya sedap..Klu ade sesape tau kat mana  ada jual coklat ni selain langkawi, btau yekk..Aku peminat tegar coklat ni..

picture ihsan by inchik google
Yaa.....Ini yang paling aku suke, dark whole hazelnuts. Pahit2..sedapppp...yang penting hazelnutnya merata2. Penuhhh....gigit coklat, gigit hazelnut..sedap giler.......Ehh...Bukan klu pose mmg semua nampak sedap ke?????????...huh..itu la aku...

Eh, tetiba dari cerita pose, aku melarat ke coklat..dah2..dugaan ddk seorag diri...Imaginasi pasal makan makin menjadi2..hehhehhe..biasalah akukan pemangsa yg kuat makan hehhe...

Ehh, tauhu goreng ngan tempe goreng cicah sambal kicap pun sedap gak kan??..Dahhh..dahhh....dahhhhh..aku kata sudah!!!!...


Tuesday, March 15, 2011

Anuar Zain - Sedetik Lebih -Lap u laa...


Ini kalau nyanyi depan aku ni, mau sawan kejap ni. menjerit lupa diri pun gaknya. Aku sangat suke lagu beliau ini kehh..Penat ku selongkar kat youtube video klip dia nih..Yellekk....Lagu dalam bahasa omputih ade la..Best tapi kurang feel..Bole gitu...

Lagu ni hari2 pasang, ulang sampai semput computer opis aku tu pun, aku tak kisah...Serius best gilerr..Feeling2 becinta dengan beliau..eh, terberangan plak..manjang feeling aje kejenya..Ade sesape nak layan berfeeling dengan aku??..meh2..kt berfeeling bercinta bersama....

Dimaklumkan inchik suami tak berapa suke dengar beliau nyanyi. Bukan setakat nyanyi, orgnya pun beliau tak suke..Ellehh..jeles la tu aku lebih suke anuar jen nyanyi dari beliau yg nyanyi..hehhehe..

Disebabkan lagu ni OST filem MerongMahawangsa, aku usha gak, best ke cerita tu..Orang kata best..Opismate aku pun kata best..tak macam cerita2 melayu yang lain katanya...Ajak inchik suami, beliau kata ok. Tapi kena amik cuti. Ha laa..xkan nk bawak iman alisha. Beliau bukan suke bising2 ni. Aje buat filem sendiri dalam wayang nnt, "menjerit di pawagam"...

Ok, berbalik pada abg nuar jen i ni, dulu masa aku pregnant aku pepadah minat dgn beliau. Adakah ini juga petanda...wahhhh..I Lap U la Anuar Jen....eh..over la plak..

t

Rezeki

Hari yang murah dengan rezeki...Alhamdulillah..rezeki kami murah ...kwn baik inchik suami mau belanja mkn western..dan pada waktu yang sama, pn jiran sebelah mau belanja kami seafood..untung beniaga katanyaa...syukur disitu...

Tapi tula first come fist serve..harus la mendahulukan opismate inchik suami, kerana beliau yg mempelawa dulu...kalau ikutkan, dua2 mau..wahhh..tamak disitu.. sape tak nakkannn..Sori ye puan jiran sebelah, lain kali ya...lap u so much laa...

seperti biasa, alisha tak berapa gemar mkn western2 bagai ni. So, oderkan mushroom soup..itu je yg dia mkn je kot buat sementara ni...Cerewet kannn..


beef steak inchik suami..sedapppp..

beef steak saye...pun sedappp

chicken chop pn lisa..nampak sedap


Lamb chop tuan penaja...yg ini siap berasap2, tepercik2 sampai alisha lariii...sungguh berdrama mkn kat sini..

Gambar suami dan tuan punya blog yellekk..sebab dua2 lebih kusyuk menikmati kesedapan makanan yang ada depan mata berbanding mengambil gambar bersama makanan yg di oder...tapi mmg sedappp..sedappp dan sedappp.... 

Alhamdulillah, kekenyangan kami...balik membawa perut yang berat. Tapi mmg sedap mkn kat situ. Tak silap aku nama ni, Tree Steak Station, kat Sg Buloh..Kalau dari shah alam, kompom la jauh. Tapi dari tempat aku, dekat je. dalam 20 minit...Bole la sesekali mau tukar selera...

Yang agak best gak, dapat shawl dari isteri tuan penaja..i loikeee..Terima kasih kak..Moga dimurahkan rezeki lagi...Rasanya beliau dah berangkat mengerjakan umrah sekarang ni. Aku hanya mampu doakan beliau selamat pergi dan balik dan dipermudahkan segala urusan di sana...Aminn..


nota kuku kaki: serius gue ngidam nak makan lagiii...

Thursday, March 10, 2011

Anakku

Bila duduk sendiri, tgk muka anak, rasa macam sayu ati sgt..sayang giler pun ada..Biasalah anak, sape tak sayang kan??..Tahun ni umur iman alisha akan masuk 3 tahun. Masalahnya, dia agak lambat bercakap. Aku tak tau ape silapnya. Mungkin sbb tragedi yang melanda aku masa aku mengandungkan dia..Jika itu penyebabnya aku redha..

Cuma terkadag ade sikit terkilan dgn org2 sekeliling yang dok menegur anak ku lambat bercakap..Ye anakku tak seperti anakmu yg umurnya setahun dah pandai membaca...Dan aku kesal orang2 yang memperlekehkan aku bila aku cuba untuk mecuba petua2 orang tua supaya anakku lancar bercakap....ya..ya..aku tau kamu lagi bijak pandai dari aku..Tapi salah ke aku cuba yang terbaik untuk anak ku???..

Walaupun iman alisha tak sepetah kenkawan sebaya dia kat luar sana, tapi aku sgt syg kat dia..Dengar kata, walaupun kadang kerap memanaskan jiwa...Jadi tukang lap air mataku bila aku menangis..faham kalau aku ade masalah...pandai buang pampers dalam tong sampah, dah mula pandai berdikari walaupun kenkadang menggugat kesabaran aku...Itulah permata hatiku....Selalu aku doa yang terbaik untuk dia...

Sayang sangat aku pada dia..sob..sob...emosi terganggu kejap..sgt tak stabil..sedih di situ..

Bila Aku Stress

Pn opismate: woiiii!!!..makan je, gemuk nnt baru tau...

Aku yg stress :hehhehe....(aku yang tersenyum ala2 kambing senyum)

Pn opismate:Tau la tension, dari tadi asyik mkn jek....

Aku yg stress: yela2...tak mkn dah ni...(terus letak ala2 sentap)...

Ye, bila tension aku suke makan. Menguyah je kejenya...kat dalam locker ni, yang biskut la, kacang la, corn flakes la, semua ada untuk dijadikan mangsa kunyahan aku bila aku stress...Nk buat mcm mana, nk marah org yang buat aku stress, tak bleh. Kena campak keluar nnt. So kunyah la ape yang patut. 

Pastu, komplen dah gemok ..time tu la gatal nk pakai corset bagai, ngidam premium beutiful la, memacam...kekonon nak tipiskan lemak yang ada..Ahhh..xde maknanya...klu mmg dah jenis suke makan, mmg mkn je kejenya...

So, apalagi, jom sambung mkn lagi..Kepada makcik itu, saye sungguh stress dengan kamu..




Tuesday, March 8, 2011

Ngigau atau Mamai????

Oke, xyah banyak cerita. Ini mungkin akibat mamai atau ngigau yang buat aku lupa diri kejap..

Apedia??..macam ni, pagi tadi punya la sejuk tak menahan..Biasalah hujan..bila hujan sejuknya pun sungguh luar biasa la kann..Dalam pada sejuk2, mamai2 tu aku kejut inchik suami (hah!..pikir ape tu??)..."abang matikan aircond"...huk????..Tetiba aku mcm sentap sendiri...Bila masa pulak bilik aku pasang aircond???...Serius aku malu sendiri...Rasa nak gelakkan diri sendiri pun ade.....Aku cerita kejadian aneh itu pada inchik suami, terus terang dia gelak kat aku....Cesss...Tido berkipas pun tak tahan..inikan pulak nk b'aircond bagai.....


Dan sesungguhnya aku nak gelak guling2 bila ingat balik statement lupa diri aku tu...hahhahaha...tak bole blah betull..

Moralnya, jgn mudah lupa diri walaupun anda sedang tidur....




Monday, March 7, 2011

Best Ke Tak Best..

Pagi ni pegi keje, mood sangat ok...Kenapa?? Sbb, mlm tadi nk tdo, anak tolong garukan belakang yang membuatkan mamanya tidur dgn lena...Bole??..Ha laa..kata sayang mama....Eh bukan kejam tau, Inchik suami, garukan belakang alisha, alisha garukan belakang mama dia, mama alisha, peluk bantal sambil menikmati garuan si anak..nikmat ya...

Seawal pagi dah kena meeting..Biasalah sesi pengambilan dah nak mula..So akan bermulala sesi yg agak busy..okey..itu gua tak kisah..Meting semua ok, walaupun terselit wajah yang tak puas hati, perasan bagus di situ. Itu aku tak mau amik tau. Janji ko tak kacau aku....

Telepon kat opis, tak abis menjerit2 mintak kena angkat. Opkosss la tgh meting xleh angkat telepon..Ganggu konsentrasi tuuu. Bila dah masuk bilik, telepon still menjerit. Dengan iklasnya aku menjawab..

Pemanggil: Heloo...Assalamualaikummmm...(panjangnyeee)

Aku : Walaikumsalam..

Pemanggil: Baru masuk opis ke??? (nasib baik nadanya lembut tapi menyindir)

Aku : Eh tak la..dah lama dah..

Pemanggil: Office bukak kul berapa eh..

Aku: Macam biasa puan..pukul 8

Pemanggil : Yekeee..saya call pukul 9.30 tadi xde sape pun yang angkat...

Aku : Owh..maaf, kami ada meeting tadi..

Pemanggil: Oh yeke..maaf la ye..saya sebenarnya..(panjang sgt pertanyaan beliau, kuasa nk cerita panjang)

Agak2 best tak pepagi kena sindiran halus begitu..Sungguh menguji kesabaran sungguh..Ok, kena pegang customer always right..Walaupun kena maki hamun tetap mereka yang betul..Perlu kesabaran yang tinggi disitu.....

Ok, nak sambung balik keje..sesi luahan perasaan dah tamat..sekian...

Friday, March 4, 2011

Coklat Punya Cerita...

Macam biasa, hari jumaat adalah hari shopping bagi wanita2 yang bekerja. Maklumla, rehat lama. So gunakan la sebaik yang mungkin. Ha laa, mcm aku, jumaat je masa untuk berjimba..sbb masa ni je la aku bole guna kereta...hehhehhe..

Tempat wajib setiap jumaat, SACC Mall...Biasalh cuci2 mata..sambil raba2 duit dalam wallet, pastikan cukup untuk memenuhi nafsu bershopping ku ini...Baju, sentiasa ade sale.. Manjang aje salenyaa...lemas dada aku tgk..huishhh...

Jalan punya jalan, terserempak booth kecik comel yang ada macam2 coklat..Actually, bukan macam2 jenis la..Just macam2 rupa..cantek dan comel..Aku dgn opismate aku ddk kat situ membelek dekat setengah jam..Belinya bukan byk mana pun..Biasalahkan..perempuann...Macam tak biasa!!!..(untuk sesi begini, better jgn bawa inchik2 suami....kalau bawak, mmg mencari  nahas..)

Tuan punya booth yang peramah...Aku tanya satu dijawabnya berbelas2..macam sesi taklimat di kilang coklat je jadinya....yang pasti bukan dia yang buat la..

Banyak giler coklat2nya..Nak lukis wajah2 anda sekalian pun bole..yang tahan sampai 2 tahun pun ada..pilih aje nak yang mana..

Untuk buah hati pengarang jantung saye.....

Untuk dia yang saye cinta kuat2...

Untuk dia yang ada dalam hati saye rapat2.......

Wahhh..kemain jiwang tak hingat...Ha laa...aku ni kekadang layan gak feeling2 jiwang nih..Walaupun spesis ganas, tapi dalam ati ada taman..chiitt....ingat ape, adnan sempit??..

Bohong la kalau aku takde beli untuk aku sendiri...mesti la ada kannn..Orang tak belikan, beli untuk diri sendiri pun ok ape...hehhe...mana??..adeeee...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Melampau kannn....ni kalau org bagi kat aku, kompem terharu sampai tahap meleleh air mata..Disebabkan xde sape nak bagi, so, dgn perasaan tak berapa nak malu, bagi la kat diri sendiri..Sendiri bagi, sendiri tersipu2 malu...boleee????

Wednesday, March 2, 2011

Terajin Sikit...



Sesungguhnya aku ada sedikit rajin pagi ni....sanggup bangun pepagi nak masak...wahh..boleh merangkap isteri yg amat mithali ni...hehehheh..xdenya mithali mana..teringin nak makan je. Tu yang rajin masak tu....yang penting ade pucuk ubi, kemain laju aku mkn...maklumla, i kan tekak kg ....

Cukupla untuk aku ngan opis mate aku mkn utk tengahari....Alaa...sharing is caring kannn..Lepas makan, opismate aku pengsan..ye pengsan kepedasan dan kekenyangan..hehhe...i suke org kenyang...

Opss...tetikus itu bukan untuk dimakan ya...sekadar hiasan sahaja....