Friday, October 29, 2010

Silap Tanya Laaaaa...





mama: adek, sape yang mok. mama ke, ayah? 
alisha :.....
mama : cepat la cakap, sape yang mok. ayah ke mama??
alisha : mama...mama mok... 
mama : grrrrrr.......(menyesal tanya!!!!)
ayah   :......(tersenyum tanda suke dan gembira...nyampahhhhhhh)

Itulah sesi dialog antara aku dengan si awek kechik....arghhh...jawapan yang tak membina langsung...dan bukan yang aku harapkan....Rasa macam aku nak geget2 je budak kecik tu...Tapi bukannya dia tau ape tu gemuk atau kurus...semua main seeebut je....

Arghhhhh...Kalau aku kata nak diet, kompem kena siku secara bertubi-tubi ngan inchik suami...Tu la, lain kali jangan gatal2 mulut tanya soalan yang merapu kat anak...kan dah kenaa.....



Monday, October 25, 2010

Menu Diet Untuk Suamiku...

Susah jugakkan nak maintain apa yang aku masak dengan menu orang nak  diet...Aku main masak je..lepas tu hidang..Masa makan, aku akan kerah askar2 aku yang tak berapa  ketul ni mkn. Makan sampai abis. kalau tak, aku mogok tak masak...dasyat beno la aku ni. uishhh...idak le aku sekejam gitu..sikit2 ade la.....

Masalah aku sekarang, aku tak tau nak masak ape untuk org yang nak jaga badan ni. Nak fit katanyaa...Sayo, x berapa mkn, ikan?..memilih.....Ayam?...uik..kesukaan dia..tapi tak bleh la selalu..jd ayam aircond nnt..termasuk aku la tu.. Nak bagi makan sikit, nnt mengadu lapar plak....adehhh...

Takpe la inchik hubby ye...memandangkan kamu ingin berdiet, saye, isteri kamu yang tak berapa nak diet, dengan senang hatinya bagi moral support dengan menghidangkan menu sihat untuk dirimu ...


-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-

-
-
-

-
-
-
-

-
-
-
-

-
-

-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-





TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...






Nasi Lemak Kukus, Sambal Telo...Ayam?...uishhh...xbleh2...kata nak diet...ehhh...nasi lemak menu diet ke???kira diet la ek...Ala....aku bukan ape..kesian plak tgk inchik suami mkn makanan yg 'berkhasiat' tanpa minyak tu....kalau aku, semua main bedal. No hal punya.....


Xpe2...lepas ni bee kukus semua makanan..no more minyak2 bagai tu semua. Sayo menu wajib. Ade berani!!!!!!.....


Sunday, October 24, 2010

Beristighfarlah Selalu.....

Antara kelebihannya...

a. Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita” !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. 

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.”

Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :
“Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

 "SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT" -Sabda Rasulullah SAW



Aku yang hanya sekadar ingin berkongsi....


Friday, October 22, 2010

Bercakap Tanpa Sedar

Ini bukan sesi bercakap dengan jin ya...ini sesi luahan rasa yang ada rasa masam , masin, pahit dan manisnya.
Sesiapa yang tak suke nak baca sesi melarat ni, sila habiskan membaca setakat ayat ini sahaja..sekian, terima kasih.....


Aku bukan ape...tapi tulah. Kadang orang ni tak sedar apa yang dia cakap. Ini mungkin termasuk aku la. Bila bercakap, mengutuk, bukan main. Tanpa fikirkan mungkin benda ni akan terjadi pada dia suatu hari nnt. Bukan mendoakan ya..Tapi inilah hukum karma namanya..

Bila orang lain dilanda kesusahan, mungkin pada dia satu gurauan. Yang mengizinkan untuk diperkotak katikkan. Tanpa sedar ada hati dan perasaan yang di calarkan. Manusiakan..Cakap kadang tanpa nak lapis. Ya, ini mungkin termasuk aku. 

Tapi bila roda dah berputar, terkena pada hidung sendiri, buat apa yang dikutuk, dibahan pada satu ketika dulu, tade pulak mulut yang dok berkicau mengata tanpa henti tu berbunyi. Dan mungkin bernasib baik kerana tiada sesi pemulangan paku buah keras. Takut nanti ada hati yang sentap pulak kannn...

Takpelah...mungkin terpaksa menjaga hati org lain tanpa pedulikan hati sendiri..Biar laa...dunia masih berputar...sendiri mau ingat yaaa...


Nota ibu jari kaki:
luahan hati yang dah lama sentappp...bleh gitteww...melarat plak pepagi ni...


Di Mana Kan Kucari Ganti MTV







Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Masih ingatkan lagu ni??....best plak bila dah dinyanyikan semula...Janji jangan aku yang nyanyi.....

Apapun al-fatihah untuk lagenda ini..

Wednesday, October 20, 2010

Dua Buku Tanpa Henti



Macam nak lebam aje mata aku baca novel ni back to back. Penuh dengan jerit perih..mana taknya, kena kejor dateline nk pulangkan buku ni. Alaaa...tak jauh pun..umah cikjah sebelah ni je. Tapi memandangkan dia soh baca lelaju, (maklumla dia pun pinjam dr sis dia gak) makanya terpaksalah aku bersengkang mata kerananya..

Dengan itu, berlakulah sedikit pengabaian kepada inchik hubby dan si awek kechik...Dah terdengar desas desus dari inchik hubby dah ni...iskk...ssh gak tu...

Tapi tulah aku..bila nak start baca, mmg payah. Tapi bila aku dah mula feeling2 yg aku ni heroin dalam cite tu, mulalah aku jd macam ketagih..(.isk...buruk beno ayat.)..selagi tak abis baca, selagi tu aku tak berenti..untuk itu inchik hubby kena terima seadanya saye ye.. ( wahh!!!...ayattttt..)...itu antara kegilaan aku selain dari shopping....:)) ..redhokan aje laa....





pesanan khidmat ringkas utk cik jah,

--> pstttt..psttt...klu ada stok novel baru, jgn lupa lantingkan pada aku sekali ye....hehhe

~Cintai Aku~

Sanggupkah ku bertahan
Tanpamu di sampingku
Setelah kau memutuskan kita berpisah
Serasa seumur hidupku slalu denganmu

Haruskah ku relakan haruskah ku berjalan
Tapi bayang wajahmu selalu di anganku
Karena cinta yang dulu pernah kau beri
Takkan ku lupa untuk selamanya
 
 Cintai dan sakiti hatiku
Kalau itu dapat membawamu
Kembali ke pelukanku lagi
Aku rela memberi sgalanya untukmu

Malam yang dingin ini membuatku menangis
Melihat gambar kita yang dulu bahagia
Kemana perginya masa indah itu
Tuhan tolong kembalikan kisahku
 
Cintai aku sakiti aku
Kalau itu dapat membawamu
Cintai dan sakiti hatiku
Kalau itu dapat membawamu
Kembali ke pelukanku lagi
Aku rela memberi sgalanya

Cintai dan sakiti aku
Bila itu membawamu
Untuk selamanya
Kembali ke pelukanku lagi
Aku rela memberi sgalanya untukmu


Cintai Aku; by Rossa


Macam sedey je lagu ni..nasib baik la aku ni bukan seorang jiwang yang terlampau..kalau tak, mau ujan ttiba layan lagu sedey sensorang. Tapi sesekali layan jiwang tak salah kannn..

Saturday, October 16, 2010

Antara SEdey Dan Gumbira

Bohong la klu aku cakap aku tak suke dgn belanjawan yang dibentangkan..bykkan benefit utk aku..aku dan aku...hahahha...tapi tu la, dalam suke2 tu ade gak yang duka nya...tersedey plak aku ...

Aku dapt berita opismate aku akan berpindah ke melaka..of course la tpt yg lebih dkt dgn suaminya. Dan beberapa org lagi yang akan berpindah sebab dapat jawatan tetap. Sedey wooo...Dah bertahun dengan diaorg ttiba pisah...nak menitik plak air mata aku...

Aku tak tau ape perasaan diorg..nampak senyum sampai ke telinga, suke la tu agaknya..Sape yang tak gumbirakannn..tapi dalam suke2 tu hati aku tcarik sikit. Yela, aku  dh anggap diaorang mcm adek beradek aku. Setakat kelahi, tarik2 rambut, sentap menyentap,  baling2 pinggan tu biasa. Tapi lps tu ktorang akan baik balik. Ala, setakat nangis2 dalam bilik air sebab kecik ati tu mmg dh biasa sgt...Alangkan lidah lagi tergigit..

sedey tu dah xde teman bergossip, tpt lepas geram, kongsi suke duka, gelak kuat2 sampai kena tegur dgn bos, teman gi beli pinggan magkuk, servey2 baju kasut bagai...... Dah xde dh semua tu...

Takpela...Ini semua terbaik untuk diorang..Untuk aku tak tau la...Tetiba aku rasa macam nak nyanyi lagu separuh jiwaku pergi..blehhh gitteww..Apapun aku doakan yang terbaik untuk korang...sayang korang...muaxx...muaxx..

Friday, October 15, 2010

Hasil Belanjawan 2011

Dalam kete aku dengan inchik ai tekun dengar belanjawan yang tgh dibentangkan...Bual pun sikit je. Hanya kerana nak dengar belanjawan. Aku plak yang stress bila borak sorg2...

Antara belanjawan yang buat aku sengeh2 ngalahkan kerang busuk...

1. Bonus rm500 (itu dikira bonus ke???..gasak le...apapun, alhamdulillah..rezeki 
    tu..mana tau bleh capai honda sebijik, ilang akal ke hape???..melampau 
    tinggi berangan..)
2. Cuti bersalin dari 60 hari boleh dilanjutkan sampai 90 hari ( Dan2 aku rasa 
    mcm nak beranak lagi je)
3.  PTK di mansuhkan ( rasa mcm nk lompat kijang aje bila dgr td)

Yang lain2 tu aku tumpang2 gembira je. Yela belanjawankan untuk kebaikan rakyat. Bukan aku sorang...Apapun terima kasih seadanya..selamat bergumbira  pada yang terkena tempias belanjawan 2011 tahun ni..yeahaaa

Pembentangan Budjet 2011

Dengan penuh kesabaran memasing tgh menunngu pembentangan budjed 2011. macam2 pengharapan yang aku dengar...

~turunkan harga minyak
~bonus 2 bulan (mak aiiiii..byk tak hingattt!!)
~naik gaji
~turunkan harga barang

tapi pada aku kalau boleh, turunkan la harga minyak. Dh macam org minyak je dok asyik menebeng tepi tangki, isi minyak. Sampai indon yang keje kat situ dah kenal muka inchik ai tu..Untung tiap kali nk isi minyak ade org tolong isikan...Tolong isi je ke, byrkan tak plak ek....

Tak kisah la ape keputusan yang dibentangkan, suke tak suke kena terima..Tak boleh nak argue memacam. Bising2 pun, hidup kena teruskan gak...

Apa2pun tunggu ptg ni ye....

~Lucky~

Jason Mraz Featuring Colbie Caillat - Lucky 

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh



lucky to be with him
lucky to be his love..
lucky to be his princess
lucky falling in love with him...
~My Love~

Thursday, October 14, 2010

Tak Salahkan Kalau Kurus...

Sebab musabab kenapa aku kurus..

1. Sebab aku makan hati
2. Sebab aku takut gemok
3. Sebab aku diet
4. Sebab aku takde duit nak makan tapi ade duit nk beli barang peribadi aku
5. Sebab aku perasan cantek bila aku kurus..(perasan tak hingat!!!!)
6. Sebab senang aku nak menyelit kalau kena kejar ngan askar2 aku...

Best tak jawapan aku bila org tanya kenapa aku kurus. Kadang lemas gak bila orang persoalkan aku ni kurus. Karang aku gemuk pun akan jadi masalah gakkan..So, aku bersyukur aje apa yang ada. janji aku sihat. Bab makan memang kadang aku agak jaga sikit walaupun kadang aku akan pulun aje..pantang nampak mcm sedap..

Telinga ni kadang naik nipis bila org dok sindir memacam bila tengok aku makan sikit..halooooo...aku mkn sekali mmg sikit. Tapi tolong peratikan berapa kali aku makan. Aku akan menguyah selagi mulut aku tak penat untuk menguyah.. Tolong jangan kata aku tak reti berhenti nak makan plak..Aku cubit mulut tu karang..iskk..ttiba emo plak ni...

Apapun aku senang dengan badan aku sekarang ni...bolelaaa..itu aku yang kata. Lagipun kalau aku membesar bagai diternak, tak larat bawak badan sediri, tak guna gak..Cukuplah masa aku pregnant aku jatuh tergolek2 sampai masuk sepital, mc sampai sebulan, ddk sebulan atas wheelchair hanya kerana kaki aku tak kuat nk bwk badan aku ni...kan menyusahkan namanya tu.

Ala...sebenarnya besar atau kecik xde masalah..janji yang empunya diri tu, senang dengan apa yang dia ada. Ada lebih dan ada kurang...Apapun sendiri mau ingat yaa...

Majlis Dia Bukan Majlis Aku

Apapun aku nak ucap tahniah..tahniah dan tahniah khas buat sepupu aku ni..tak sesia lama bercinta..Sebenarnya mereka ini bertunang masa raya lps. Tapi aku yang malas nak post je.Blehh plak malas  ekkk...Bleh..blehh. Itu yang menyebabkan kelewatan tu...Kira backdated la ni...

Rombongan cik kiah yang baru sampai

Sesi pengucapan awam dari pihak lelaki kepada pihak perempuan...

Mengganggu sungguh inchik cameraman ni..

Wahhh..wahhh...sangat la gembiranya mak sedara aku ni ddk disamping bakal menantunyaa..Ala..ala..tomeyynyee...


Sebahagian dari ahli rombongan yang dok pot pet tak sudah2..yelaa..setahun sekali jumpa...katanyaa...



        Dimaklumkan bahawa semua anak dara kecuali aku....

Ini sepupu aku..serupa tak rupa kami...Acik, anak kau dah nak masuk 2...aku???


 Menggedik kat pelamin orang..


Anak2 yang bosan menuggu mamanya yang dok menggedik, soksek2 tanpa mempedulikan kebosanan si anak..

Sesi mengisi perut yang menari2 minta diisi..

Ini hasilnya bila dah kepenatan..ngalah dia yang bertunang...Ntah siapa yang dia call sampai bleh ttido....

Apapun tahniah la...sori la inchik padil. Gambarmu tiada. Biasalah, kalau dekat biasanya yang lelaki tak ikut. Tu yang gambo dia xde. Yang ada hanya gambar tunangmu yang gebu itu..untung ko ekkk..suke la tuuu...Tunggu bulan 12 ye..wink..wink...

Bahaya Berkahwin Dengan Programmer :)

 
Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari. 


Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang 
           saya logged in." 


Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? 


Suami : Bad command or filename. 


Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang   
           beli! 


Suami : Errorneous syntax. Abort? 


isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi 
          dalam telefon nak beli tv? Mana dia? 


Suami : Variable not found... 


Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya 
          pergi belikan dan shopping barang dapur sekali. 


Suami : Sharing Violation. Access denied... 


Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu 
          dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu. 


Suami : Too many parameters... 


Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je 
          hensem. 


Suami : Data type mismatch. 


Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la. 


Suami : It's by Default. 


Isteri : Macamana pula dengan gaji abang? 


Suami : File in use ... Try later. 


Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri? 


Suami : Unknown Virus. " 



Nota kaki : Aku copy paste ayat2 cinta kata atas ni from my email inbox. Agak 
                mencabar gak kerana inchik ai merupakan SEORANG PROGRAMMER
               ..uwaaaaaaaaa...........uwaaaaaa....tidakkkkkk...

Wednesday, October 13, 2010

Sabar Dan Sabar Dengan Kerenah Anak

Akhir2 ni kerenah awek kecik aku makin menjadi2. Adakah ini akibat terlalu byk menonton cerita ultraman yan menyebabkan dia terjangkit dengan perangai rasaksa2 kat dalam tv series tu??..Aku naik pening kenkadang. Tak larat nk marah pun ade. Hari2 merengek tanpa sebab musabab yang membolehkan dia merengek. Serius aku tak paham. Apa yag dia nak aku pun tak tahu. Nak adek ke???....

Merengek sikit2 xpe. Ini melalak meraung bagai macam kena pukul bantai...aduyaiii..sungguh mengganggu emosi betul ini anak kecik. Mungkin orang akan cakap, ala..anak baru sorang dh nak bising..nak mengeluh. It's up to u la nk ckp ape...Seriously i don't care. Mungkin yang cakap tu jenis tahan mental dan fizikal. Aku ni kurang sikit nak tahan. Maybe anak pertama kot. Tak tahu lah kalau masuk kedua, ketiga, keempat, kelima..amboiii..banyaknya. Satu pun gaduh. Nak reramai??..

Dan yang aku pelik, awek kecik aku ni pepadah pantang aku sebut nak ngadu pada puan emak pasal kerenah dia. Bila aku cakap "mama cakap dengan mak awak buat prangai mcm ni..biar kena rotan.." dan2 dia bleh tukar topik. Tak pepasal soh aku tdo. Kadang terus senyap..Huhhh..tahu plak dia takut dengan 'mak' dia kat kg tu..

Apapun ini mungkin dugaan untuk aku n inchik suami untuk jaga dia. Ini juga anugerah yang dikurniakan supaya aku lebih kuat dan lebihkan sabar dlm hati aku ni . Yela makin besarkannn..sok dah anak dara, dah pandai kenyit2 mata, lain plak cerita. Sabarkan aje la . Moga aku diberi kesabaran yang kuat untuk menjaga dan mendidik anak2.....Itu tak termasuk ayahnya lagi tau..isk..isk...sabo je laaa....

Tuesday, October 12, 2010

Lompat Jangan Tak Lompat...


Dah lama aku mencari menda ni. Semestinya untuk anak dara aku la.  Untuk aku pun boleh gak...sesekali nk lepas gian..... Bouncing deer ni aku ngidam dah lama. Puas la ku gogel kat internet.. Jumpa yg oke, tak mau reply la plak tuan punya kedai. Ada tu, amat laaa terlampaunya mahalnya. Baik buat beli baju aku. Aikk...dengan anak pun berkira. Bukan berkira..berlanja berhemah katanyaaa..

Akhirnya aku jumpa gak kat Fitness Concept. Tahan dada sambil berdoa jgn la melampau mahal..Tapi mungkin dh rezeki anak aku, akhirnya, dapat gak aku dia haiwan peliharaan ni..





Kemain pulun ini mama ayah nak kasi gumuk ini pet....Punya la pulun ngepam, ttp tidak berjaya..Akhirnya inchik ai berjaya gak. Rupa2nya kena cabut dulu penyumbat kat badan bouncing deer ni. Punyalah pandai, pam kat penyumbat dia. Mmg la tak masuk angin. Nak naik angin ade la...grrrrrrrrrrrr...sungguh beremosi ketika itu...




Ini aksi awek kecik aku dengan pet baru dia. Dia tak pandai  lagi nk bounce . Kadang aku yg kerjakan pet dia ni. Aku ddk dpn, awek kecik ddk blakang. Jgn lupa peluk mama kuat2 ye....mama nak bawak lompat keliling umah ni..Ini menyebabkan inchik hubby hanya menggelengkan kepala tgk perangai isteri dan anaknya ini...peace  abang...bee tau abng pun teringin gak kan..kan..kannnn..alaaa...malu malu plakkkk...:))

Aku Yang Berangan Di Pagi Hari


Macam mana aku tak kata aku ni berangan....sampai handbag pun bleh tertinggal...itu antara barang penting yang sememangnya aku takkan lupa.Tapi silap aku gak, aku letak bukan kat tpt selalu dan ingat inchik ai akan ingat semuanya..hehhehe..mmg kompem silap aku laa..yang aku ingat pepagi buta aku dah set kat pale ni nak siram rumput dpn umah nun. Kuning sudahh..sian aku tgk....


abang, handbag bee ada amik tak?

handbag?..abg dah angkat semua beg kat atas meja td..termasuk beg putih bee tu

isk..itu beg lain..abis, handbag bee, abg ada amik tak?

ntah ek..xde la kot..


Nasib baik la belum jauh, kalau dah sampai opis, mmg xde nya inchik ai tu nak pusing balik. Jauh tu 45min nak balik umah. Kirim salam la kalau aku buat perangai nk minta pusing balik..


Aik, sue, patah balik?... ape yg tertinggal lagi tuu..

ni ha..(sambil aku tunjukkan handbag aku yg cantek molek tu)

huh..tido lagi  la tu, sampai tertinggal, hah zam, dia tido lagi tu..gi mandi kan biar sedo sikit...


Chittt..kena sedass aku dengan inchik jiran yg tgh dok siap2 nak gi keja..aiyya inchik jiran, saye terlupa laa...saye ni kuat berangan...dan yang paling penting inchik ai xde merubah mukanya jdi rasaksa bila aku minta pusing balik...hehehehe...selamat2..tocey darlingggggggggggg...

Thursday, October 7, 2010

Sua Rasa hari Raya, Riang Ria, Ntahapahapa..

Tiap tahun confirm ada buat jamuan raya . Mcm tahun2 yang sudah semestinya aku tak terlibat. Aku mmg suke kayyy. Lagi pun aku pepadah tak suke dok entertain dpn orang. Gugup, gagap, nk pitam, malu semua segala bagai perasaan tak best tu ada kat aku. Tapi tahun ni terkena plak..so, i paksa rela la u..as usual persiapan kena buat. Tahun ni x boleh share booth dgn department lain. So department aku kena buat sendiri la. Tu yang pulun abis tu..'Raya Anak Desa' temanya...



Ni makcik2 yang sedang mengayam ketupat sambil mengayam mulut...mcm mana keje nak siap kalau asyik dok borak je..


Yang tengah dok dibugkus tu, wajik. Bungkus guna daun ketupat palas...dan memandangkan tak cukup daun , terpaksalah guna daun kelapa..kreatifkannn..dan lagi kreatif bila kekami makan wajik tu biar kasi cepat abis....bleh gittewwww....


Maaf ya..saye mmg selalu tertido semasa bercakap....



Mereka2 yang sanggup bekerja keras, mengerah tenaga, bergolok gadai demi mendirikan booth kami ni..



Aku seperti biasa.... mmg cenggini gayanya. Lupa diri kejap..pantang nampak camera.. 



Rupa mak budak..



Inchik kurus, cameraman kami.. :))



Sebenarnya baju yang kitorang ni, baju lama..ntah zaman bila..diperintah pakai, aku dgn si eda ni menjunjung perintah aje la..Ilang akal ke nak durhaka...yang pasti baju ni sungguh classic.  Tangan kemain beso. Aku rasa ni kalau nak sumbat sampai 4 bungkus nasi ayam pun muat ni...

 Cumil tak kekami!!...Pilih..pilih..nak yang mana satu...tapi maap la ye ..lambat sikit.....masing2 sudah berpunya ...



Aku yang kenkononnya buat2 sibuk...


 Aku bila dah jumpe kenkawan, memang terus hilang kawalan..biasalah lama tak jumpa. i rindu u...u rindu i..muahh..muahh....

 Dalam pada aku merayau dari satu booth ke satu booth tu Ade satu booth ni siap kacau dodol. Fuhh ..kemain basah ketiak tuuu...jiwa kental ar korang...



 ini adalah aksi2 orang yang nak cepat balik..cepat kemas, cepat balik. Aku dah tak sanggup menahan rimas. baju ni ni tebal wooooo......ini acik memang tolong ye. bukan buat2 tolong ....


Apapun aku seronok..walaupun agak penat..semuanya selesai dan makanan yang dijamu semuanya habis licin..alhamdulillah....hopefully tahun dpn dapat menu2 yg sedap2 pulak ye...

Wednesday, October 6, 2010

Apasal suke beno amik kesempatan????????

Hangin jugak la aku dengan insan2 yang suke amik kesempatan ni...Tak kisah la dari segi ape..Macam pentingkan diri sendiri pun ade. Bab susah campak kat orang lain. Tapi hak dia semua nak yang mudah. Amboiiiii...senangnya hidup kamu yekk..

Emo sungguh aku ni ya. Huh..mmg la emo. Tapi sabar kan aje la...Bising2 karang sendiri yang sentap tak pasal. So, diam2 sudahhh. Sendiri mau ingat la ya. Mungkin sekarang kamu kat atas. Tapi bila kamu kat bawah nnt, tau la macam mana. Aku bukan mendoakan ye..tapi itu hakikat kehidupan..betul tak??..Ada masa kita kat bwh, ade masa kita kat atas..

Dah la..makin aku layan emo aku ni, makin panas nnt. Udah2 le tu. Sabarkan aje hati tu...sabarrr...sabarrrr...


Masa Untuk Sibuk

Aku dah mula busy...aku suka..aku suka...at least dapat la melupakan duka lara di hati..apebenda yang aku merepek ni...heheh..idak le duka mana...biasalah..aku kan ratu sentapp...



Bulan bermulalah episod sibuk menyibuk  @ busy dalam opis  aku. Termasuk inchik hubby..Dia dengan program2 yg opis dia anjurkan..Ehh..program makan2 xde???..jemput la saye ni sekali..bleh tumpang semulut..amboii...soh mkn suke ekk...sape tak suke makan??...Aku mungkin tpaksa stayback untuk siapkan keje2 urgent yg tgh menimbun. Tapi serius mak tak kisahh...Lagipun aku bleh angkut sekali awek kechik aku tu sekali...sediakan air susu 1 kotak, biskut sebalang, air masak sebotol..opss..tidak dilupakan tv series upin ipin..kasi beliau leka...pandai mak kau ni ye chah...mesti laaa....

Itupun, pantang aku ilang kejap. Aku masuk bilik air pun dia bleh melalak bagai nak pitam..Aiyakkkk...mama tak pakai pampers macam kamu yg boleh shhhhh merata2..Tapi aku rasa dia ok...ok sangat. ..sungguh memahami mamanya yang tgh busy ni. Just pastikan keperluan dia cukuppp... Terutama mama singa dia ni mesti ada dpn mata....

Janji dia tak kaco keje aku, itu pun dh kira oke. Sayang awak la..Nakal2, mama cubit nak??  "awwww..nanak..atit"..pandai pulak menyahut bila aku agah nk menyubit... belum cubit dah jerit. Itu kes nak selamatkan dirilah tu...

Mama work, nnt  mama bagi upah sbb jadik good girl ya...Kalau nak up sket, minta kat inchik ayah ye, kaching2 ayah lebat sikit..bleh plak gitu ekkk..eh bolehhhhh..:))