Friday, June 17, 2011

Mood Makan Yang Tak menentu

pagi tadi inchik suami ajak sarapan, aku tolak. tapau je. tapau pun tak menahan. nasi dagang. Nak makan pun xde mood. Yelakan anak  sihat. Anak tak sihat, tetiba tekak aku pun jadik tak sihat. SEmua makanan jadik membosankan depan mata aku..last2 nasi dagang aku kais2, makan lebih kurang, pastu tolak tepi...Walhal sebelum ni pantang nampak makanan..semuanya aku sebat..

hari jumaat mcm ni, rehat panjang giler, kemana lagi kalau tak bershopping. Haah...shopping la sgt di tengah2 bulan yang indah ni. Tak tahu aku ni dah kena warning ngan inchik suami. Asyik shopping on9 jekkk. Ntah mcm mana bole kantoi aku tak tau...cessss....nampak plak aku sorok baju2 yg aku beli...huhu...

Tgh2 shopping cuci mata, inchik suami call, bagitau anak dah oke sikit. Terus perut aku lapar...menggelupur  cari makan. dapat makan roti sosej seketul, mamee sebungkus, kek sekeping, 100 plus setin..burpppp...kenyang dalam kelegaan. 

Macam tu la aku kalau anak sakit..semuanya serba tak menentu..itu baru satu..belum 2, 3, 4, 5, 6, arghhhh...pitam...tapi apapun tak bole la aku nak ikutkan perasaan sgtkann. Sebagai mak, harus lah kuat kann..bab2 tangkap leleh tu better simpan dedalam...Muke kental itu wajib...walaupunnnn.....

*Dah macam habit plak suke buat entry tergantung....*

No comments:

Post a Comment