Tuesday, April 26, 2011

Untuk Kulit Kering, Gunalah Bio Oil


pic by inchik google

Kembali kepada mood nak merepek seperti biasa...Kali ni nak cerita pasal Bio Oil..Wahhh..umpama jurucakap sudahh...takde2..aku tak dibayar pape untuk bercerita..Cuma mau share ape yang aku gunapakai..Arghh..umpama artis nak share2 petua nk mancantikkan kulit ekk....

Aku sekarang penggguna tegar Bio Oil..punca utama aku pakai bio oil ni bila kulit aku mula mengering dan agak kasar sbb kesan ekzema..bukan la aku kata  minyak ni penyembuh...tidak..Cuma dapat kembalikan balik kulit yg kasar pada kulit asal....Sebulan pakai, rasanya baru ok..kulit i licin tauuu...wahh ingat ape??kain sutera??...jgn nak tertipu sgt ya..tapi alhamdulillah, kira berkesan untuk menanggalkan kekesatan kat kulit i ni...

Tapi tula...kena rajin..pagi ptg kena dok sapu. Tak tahan beb tgk tgn dh mcm kertas pasir..x pepasal mata aku plak yg allergic nnt..So, nak tak nak, kena rerajinkan diri tu yekk..

Lagi satu aku mula sapu sesikit dulu..Mana tau tak serasi...Takut lain jadik plak nnt..Itu lagi haru rasanya...


Ok, sebenarnya Bio oil bagus untuk hilangkan,

* Parut (ini aku ada)
* Kesan Regangan Kulit ( ini x berapa nak ada)
* Kulit Kering (kompem ada)
* Penuaan kulit (yang ini sensitip kehhh..klu ada pun malu nk ngaku ada)
* Tona Kulit tak sekata (jenis berbelang2 mmg aku la tu)
* Strechmark (alhamdulillah xde>>lega)

Lagi satu yang aku suke Bio oil ni tak berapa nak berminyak sgt..so, xde la tertinggal jejak2 tapak kaki tu kat lantai...Karang dah satu hal plak nak mengemop bagai...setakat ni, hasilnya aaamat membanggakan..like sgt2....

No comments:

Post a Comment