Ini bukan sesi bercakap dengan jin ya...ini sesi luahan rasa yang ada rasa masam , masin, pahit dan manisnya.
Sesiapa yang tak suke nak baca sesi melarat ni, sila habiskan membaca setakat ayat ini sahaja..sekian, terima kasih.....
Aku bukan ape...tapi tulah. Kadang orang ni tak sedar apa yang dia cakap. Ini mungkin termasuk aku la. Bila bercakap, mengutuk, bukan main. Tanpa fikirkan mungkin benda ni akan terjadi pada dia suatu hari nnt. Bukan mendoakan ya..Tapi inilah hukum karma namanya..
Bila orang lain dilanda kesusahan, mungkin pada dia satu gurauan. Yang mengizinkan untuk diperkotak katikkan. Tanpa sedar ada hati dan perasaan yang di calarkan. Manusiakan..Cakap kadang tanpa nak lapis. Ya, ini mungkin termasuk aku.
Tapi bila roda dah berputar, terkena pada hidung sendiri, buat apa yang dikutuk, dibahan pada satu ketika dulu, tade pulak mulut yang dok berkicau mengata tanpa henti tu berbunyi. Dan mungkin bernasib baik kerana tiada sesi pemulangan paku buah keras. Takut nanti ada hati yang sentap pulak kannn...
Takpelah...mungkin terpaksa menjaga hati org lain tanpa pedulikan hati sendiri..Biar laa...dunia masih berputar...sendiri mau ingat yaaa...
Nota ibu jari kaki:
luahan hati yang dah lama sentappp...bleh gitteww...melarat plak pepagi ni...
aduh mek ko ini dh kes sentap melarat nie..sabo k...
ReplyDeletehahhahaha...sesekali menyentap dan melarat...
ReplyDelete