Friday, June 3, 2011

Pening..Pening..Pening!!!!

Dah lama aku tak pening mcm ni..Bukan pening sbb sakit..tidakkk. Ni pening sebab nak cari barang untuk buat hantaran abang aku...Dulang yang aku carik, xde..Tu dah pening dh tu. cari bunga yang sesuai pun, pening...Argghh..pening memanjang aku ni. Ikutkan ati, nk aku oder je kat kedai. Tapi memikirkan permintaan orang, harus la aku gigihkan kepala untuk tunaikan..

Nasib baik tarikh dilewatkan sikit. Sempat la aku carik barang. Yela, aku ni keje pagi, balik umah, kadang maghrib baru sampai. Bila masa la plak aku nk mencari benda2 tu semua. Ajak inchik suami??..xyah2..karang bukan aku je yang pening, dengan dia2 sekali join pening..baik takyah...So, nampaknya hari jumaat je la aku bole melencong cari barang utk abg aku tu. Kalau dh xde pilihan baru aku ajak inchik suami gi KL carik barang2 yang aku nk...harap inchik suami bersabar dgn kerenah aku ni...

Itu belum masuk sesi nak membuat lagi tu..kompem pembantu setia aku tu dgn rajinnya menawar diri untuk membantu. Sape lagi kalau bukan budak busyuk masyam aku, si iman alisha ... kepada inchik suami harap bersabar sekali lagi jika anak beranak ni bergaduh samapai terjerit2 sbb nak buat hantaran....dan selamat memeningkan kepala bersama2 saye..sekian...



No comments:

Post a Comment