Wednesday, June 15, 2011

7 Hari Menyintaimu..Ianya Buat Aku Menangis

Aku kalau dapat novel dah macam dapat ape..Bila dah mula baca, alamatnya kiri kanan pun aku tak pandang.. kalau bole masa mandi pon aku nak bawak. Dan aku pernah kena teguran  mesra dari inchik suami.."bole tak siap2 dulu baru baca buku??...abang buang buku tu keluar nnt" hambooiiii....kuku besi nampak..itu antara situasi bila aku masuk kete nak pegi keje tanpa peduli yang aku tak siap make up lagi, terus baca novel..padan...


7 Hari menyintaimu...Cerita padat dgn segala asam garam ajinomoto kehidupan...aku suke. Salute pada penulis..Mula2 baca mmg oke. Tapi bila dah sampai separuh buku aku baca, mulalah adegan nangis secara berterusan tanpa henti. Giler sedih...Aku dalam kete dok baca, sampai meleleh2 air mata. Ngalah org kena pukul bantai. Sampai alisha pon pelik. terkebil2 mata tgk mama dia berjurai2 air mata nangis. Dia pon pelik, apahal mak dia takde hujan ribut, tetiba berjurai air mata...


Tgk, tak ke hazab muke tu nangis sbb baca novel. spek kena pakai ya..cover mata bengkak. Inchik suami pon malas nak melayan. Masak beno dia dgn peragai aku bila dah membaca...(sila abaikan budak kecik yg sibuk nak amik gambo sama tu)..

Aku kalau cerita bab jiwang2 xde la sampai merembes sgt air mata tu. Tapi klu bab2 family, anak2 kecik, budak2 istimewa, mudah beno air mata aku ni melimpah. ohh..biasalah i kan hati kecit..lagi satu, I kan ratu air mata... 

No comments:

Post a Comment