Wednesday, September 22, 2010

Buanglah Angin Dengan Halia



Antara khasiat halia..
  • Menghadamkan makanan.
  • Membuang angin yang berlebihan yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.
  • Mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. 
Dan katanya boleh sembuhkan beberapa penyakit..
  • kurang nafsu makan (kuat mkn la aku lps ni..makin bambam la nampaknya)
  • membuang angin berlebihan dalam badan
  • pening/loya
  • batuk
  • kembung perut
  • muntah
  • menghangatkan badan
  • membantu penghadaman
  • taun
  • cirit-birit
  • penawar racun

Tetiba aku buat entry pasal halia ni....ape kes??..Sebenarnya dah dua hari perut aku bergelodak..angin dok pusing2 dalam perut..Ntah ape yang dimakan pun aku tak tau...Itulah, makan tak beringat. Main bedal aje. Dah segala mcm usaha (usaha kerr??) aku buat..tetap tak berhasil. Last2 dok geledah2 dalam fridge tu, aku ternampak halia. Apalagi, tanpa memikirkan rasanya yang tak berapa best tu, aku nekad buat air halia..Dan, nak menyedapkan lagi, aku perahkan limau....aik, dah sakit2 pun still nak yang sedap yekkk...mestilaaaa...

Lambat jugak nampak effectnya..Ini dah dua cawan aku minum. hasilnya hanya kus kus aje...Perut aku dh tebal sgt kot. Tu yang lambat sket tu...huhu..tak sanggup la aku nak menaggung sakit macam ni..macam main tarik2 tali plak..kejap sakit kejap tak. Memain plak dia ekkk....Tapi yang peliknya idak le aku megulang gi toilet. Ini mesti kes angin berangin ala-ala sepoi bahasa dalam perut ni.

Nasib baik la makin ok. Kalau boleh takmau la sampai kena gi klinik. I tak suke gi klinik u. Ubat dah la tak sedap!!!...chitt..mana ade ubat sedap.

Akhirnya perut aku makin oke...terima kasih 'en halia' kerana memulihkan perutku yang meragam ini.....lain kali kalau perut i meragam, i cari u lagiiii...:))

No comments:

Post a Comment