Friday, September 30, 2011

Kepada Ibu Bapa dan Bakal Ibu Bapa...

Sekadar share ape yang aku baca...untuk diri aku juga....

Tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
   (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
    senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
   sesuatu perbuatan baik secara berterusan 
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
  keluarga.
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
  tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
  mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . 
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
   belajar.Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
   sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
   anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
   kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. 
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Elakkan daripada membuang
     barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
     mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. 
19. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda



cubalah praktikkan...moga bonding antara ibu bapa dan anak makin erat.....




No comments:

Post a Comment