Sunday, July 25, 2010

Hati Yang Luka




Aiyakkk....bukan hatiku yang luka ye...ini tajuk novel yang baru aku nak baca...boleh dikatakan best. nak kena tulis sinopsis ke???jangka jenuh jariku yang mulus ni nak menaip. Norhayati Berahim...aku mmg gila baca tulisan dia ni...mmg best....kadang mcm ketagih....

actually aku dah start baca. Sangat la terkialnya. ngalahkan budak baru belajar membaca. sekarang memang susah untuk aku concentrate membaca macam zaman dolu-dolu. Dulu tulisan kat botol shieldtox pun aku baca. boleh dikata mmg jenis hard core la. aku teringat masa zaman sekolah rendah. kerana ketaksuban dgn buku2 ni , sanggup aku curi2 masuk library. sorok tepi lemari. gila ko kalau cikgu nampak. time koko je compem aku hilang. ala..library bilik sebelah je. ape aku kisah. bukan jauh sangat pun. yela time koko..ape benda yang aku boleh buat.balik2 batu seremban yg kejap2 kena mendongak tu, congkak..alahai...bosan la wei...takpun bagi bebudak yang kaya, dok bawak patung barbie memasing...memang meleleh tgk. nak mintak kat bapak, ngadapla ko kena tazkirah 3-4 hari. itu pun lum tentu dapat. dapat tazkirah ade le. sampai ketua ni pun xpernahku beli patung tu.anak aku pun tak minat, tak kose aku nak membelikan...

ya...membaca jambatan ilmu..kalau dah malas baca, jambatan terbengkalai la jawabnya....

No comments:

Post a Comment