Friday, April 12, 2013

#Backdated...Perginya Seorang Ayah....Al-Fatihah..

Mungkin dah ditakdirkan begini...sebagai manusia, kami perlu terima dengan hati yang redha....


5.3.2013

3 hari selepas persandinagn, jam 4.30 pagi ayah mengalami sesak nafas. Ally yang masih ada kat rumah, bergegas hantar ayah ke hospital.. ayah pengsan masa dalam perjalanan ke hospital. Masa dalam emergency room, jantung ayah terhenti dua kali.....lepas tu ayah langsung tak sedar...bernafas hanya bergantung pada mesin...

hampir 3 minggu ayah tak sedarkan diri...masa tu hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan kami...sepanjang ayah koma, aku banyak bercerita dengan dia...apa yg aku lalui , apa yg aku rasa...ayah hanya bg respon gerakan bibir n kedipan mata...tp ayah tak sedar...tapi aku tau dia dengar...terima kasih kerana mendengar luahan hati anakmu buat kali terakhir......ayah, maafkan anakmu yang degil ini....

Sepanjang ayah koma, sumpah aku rasa aku celaru...aku serabut, aku keliru...ulang alik balik kg dah macam ulang alik balik kerja...Aku senyum, aku ketawa..tapi tiada siapa yg tahu apa yang aku rasa...

Dalam pada masa yang sama aku ditukarkan ke bahagian akademik...bahagian yg agak mencabar tu...kuatkah aku?? aku tak tau nk cakap apa masa tu..terima jelah...mungkin itu yg terbaik utk aku....Tak tau nak cakap apa lagi bila Wallet aku hilang kat office...mungkin rezeki org yang ambik tu sbb aku baru je cucuk duit masa tu....Ntah la...nangis pun tak guna....

20.3.2013

Mak call....bagitau yang Dr nak cabut alat penafasan ayah..sebab alat tu hanya boleh pakai paling lama 7 hari...sebelum tu Dr ada minta kami buat pilihan samaada nak cabut alat penafasan atau nak buat operation tebuk leher ayah untuk dimasukkan salur penafasan. Risikonya sama...Ayah tak boleh nak bernafas sendiri...kalau cabut alat penafasan tu, mungkin ayah tak bertahan lama...KAlau buat operation, mgkin ayah akan kena serangan jantung utk kali ke 3...dan masa tu mungkin tiada harapan untuk ayah....lepas bincang adek beradek kami sepakat nak buat operation tu....

Tapi ntah...mungkin dan ditakdirkan ayah takkan lalui operation yang menyakitkan dia...digerakkan hati mak supaya tangguhkan operation tu dan lps tu bilik OT sentiasa penuh...Allahhukhbar...Hanya Allah tahu yang terbaik utk ayah ...

21.3.2013

Dr. nak cabut alat penafasan ayah...dan Dr sempat bagitau yang ayah takkan bertahan lama...betapa hancurnya hati kami...tapi kami perlu redha dengan apa yang bakal kami lalui...kami perlu kuat.. jam 6.00 petang Dr cabut alat penafasan ayah...hanya pada Allah kami bertaut...ayah bertahan....Kami hanya mampu berdoa dan terus berdoa....

23.3.2013

Ayah makin stabil...Walaupun ayah tak sedar....Aku dan adek aku balik ke Shah Alam..sampai kami ke shah alam, sementara tunggu en suami ambil aku, mak call dari kampung...Mak bagitahu yang ayah dah tak ada...Allah jemput ayah sepertimana telah dijanjikanNya...Aku dgn aly hampir terduduk masa tu...aku dan inchik suami balik kg masa tu jgk...aly terpaksa ambil suami dia kat  KL...Perjalanan ke kampung aku rasa terlalu lama...
Sampai depan rumah, aku ingat aku kuat..aku gagah nak tempuhi semua ni...rupanya tidak...aku terjelepuk jatuh depan rumah...Ya Allah...besarnya dugaan mu....

24.3.2013

Ayah disemadikan di perkuburan Islam batu 6 Muar....Ayah pergi setelah menunaikan amanahnya utk mewalikan adik aku...Ya Allah, walaupun aku masih bersedih dengan kehilangannya, tapi aku bersyukur...Kau tunaikan permintaan terakhir ayah untuk mengahwinkan adik aku dan Kau terangkan penglihatan ayahku untuk melihat anak perempuan bongsunya melangsungkan perkahwinan....

Ya Allah, Kau tempatkanlah ayahku di kalangan orang-orang yang beriman....Kau jauhkanlah dia dari seksaanmu...Kau letakkanlah dia didalam syurgamu Ya Allah....

Orangsayangayah....



No comments:

Post a Comment