Tuesday, August 10, 2010

~Bersahur~

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”


Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)


Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.


Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).


Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”


Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).


Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.


Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.


BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.


Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.


Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.


Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.


Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.


Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba- Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) 

 

Nota kaki:

So, rerajinkanlah diri untuk bersahur. Susah nak bangun???..pasang la jam loceng kiri dan kanan telinga tu. Klu x bleh bgn gak, tdo dalam bilik air. Pasang alarm..tepat kul 4.30 pastikan shower terpasang...tak bangun gak???..dah... takyah la jadik orang....

~Selamat Berpuasa~


Salam Ramadhan dari saya dan Family...

Esok bermulalah hari menempuh pelbagai dugaan dan godaan. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa dan yang tak posa tu, pepandai la hormat mereka yang berpuasa. .......Moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan dirahmati..aminnn...

Monday, August 9, 2010

Kenapa aKu Yang Berdebar..

Orang lain yang nak interview, aku plak yang terlebih nebes. Ngalahkan aku yang nak masuk bilik interview...Adehh...sejak aku dapat tau en asben dpt interview, aku yang dok sakit perut, bdebar bagai. Dia relax je....Ya Allah kau permudahkan la dia....Aku tak de upaya nk tolong dia. Kabel???...kabel tepon ade la...ndak??..xdenya nk guna kabel2 bagai. Pandai la dia menjawab nnt. Cuma aku doakan yang terbaik untuk dia. Aku cuma mohon dipermudahkan segala urusan dia nnt. Syukur Alhamdulillah kiranya rezeki menyebelahi hubby. Yang terbaik untuk dia... Aminnn...

Pembantu Baruku...

Bukan senang sekarang nak ade pembantu rumah sekarang ni. Mahal pun yek..Banyak songeh pun ye gak....Dan ini pembantu  baruku...ini pun keje sementara. Ikut dan. Ape yng dia nak buat, dia buat..dan kadang2 aku yang kena marah. Ade ke patutt??...Mcm  biasalah..dia mmg suke kalau tolong aku lipat kain...mmg pepadah rajin anak daraku ni. ..dan dia hanya akan lipat baju dia je. Ye la baju diakan semua kecik2. Yang besar2 semua tolak kat aku. Takpelah nak...janji awak nk tolong mama awak ni..Terharu  la plak ttiba..sob..sob...

sedang tekun melipat kain..

kesungguhan itu penting ye...

pantang bila dgr mama amik gambar...

penat berdiri, ddk la plak...

Inilah hasilnya...boleh tahan la jugak...ttiba kembang ati  aku. Tak sangka buah hati aku ni pandai  lipat kain. bleh kasi train lebey sikit...nnt bleh bagi sebakul kain kasi dia lipat...senang keje aku...ape malas punya mak daaa...

Shopping Raya Sebelum Puasa

Sejak aku beranak kecik, mmg aku dah tetapkan..nak shopping baju raya mesti sebelum puasa. Orang kata belum puasa dah sibuk beli baju raya pun aku tak kisah. Aku malas nak bersesak bulan2 posa ni. yela...kalau ikut emosi bershopping aku, mmg aku tak kisah. Tapi kena gak aku amik kira emosi yang lain. tak pasal2 ada yang emosi nnt. Tak ke naya. Tak memasal ade yang beraya tak berbaju raya. So untuk itu aku kena amik langkah2 keselamatan lebih awal. Baju anak dara aku dah ku belikan awal2. Ni tinggal baju omak ngan apaknya je ni...seawal pagi kononnnya nak gerak gi Kl maka dengan kesempatan yg ada, ku siapkan bekal utk hubby..



Pagi tu aku tak berapa nak rajin nak masak . so aku buatkan sandwich daging je la......yelah umah aku ngan kl jauh gak...45minit..untung klu x jammed...klu jammed mau sangkut sejam lebey.....sambil en asben drive aku pun suapkan aje la..janji dia kenyang. senang keje aku nk menyopping nnt. Uikkk..kene jaga tu. Org lapo ni kenkadang lain pesennya. so..apalagi..kenyangkan aje perutnya itu..sampai KL...mak aiiiii..orang punyalah ramai. yelah mgkin mcm aku gak nk buat persiapan awal. malas nak bersesak dibulan posa yg penuh dgn cabaran tu. jenuh gak la nk cari baju aku ngan apaknya ni. nasib baik la angin en asben baik...kalau x, mimpikan aje nk berjalan kaki kehulu kehilir cari baju raya. At last jumpa gak apa yang di cari. complete semua sekali. baju en asben sekali. senang aku. tak yah pk2 nak buat baju bagai. beli siap sudahh..lagi jimat rasanya...

sampai kat maju Junction, nampak plak mesin urut badan, apalagi...dan2 terus ddk...nikmatnya badan dan kaki diurut. aku minta kat hubby sejibik kerusi ni...dan2 tepuk dahi....pening pale dia dengokan permintaan merapu aku ni ..ala.. kata sayang :))...